"Saya ingin layak ke Osaka kerana..."
Bagaimanakah anda akan melengkapkan ayat tersebut?
Menerusi kempen Tiket Menuju Impian #4 - Lengkapkan Ayat sebelum ini, para Pejuang BE telah berkongsi sebab mengapa mereka berusaha menuju ke BE Lifestyle Travel (BELT) Osaka 2027. Jawapan mereka mencerminkan pelbagai impian, pencapaian, dan motivasi peribadi yang berbeza: daripada mencipta kenangan bersama insan tersayang hinggalah merasai sendiri budaya BE di samping para pencapai dan pemimpin.
Di sebalik setiap matlamat, terdapat satu sebab. Apabila sebab tersebut bermakna, ia mampu memberikan tujuan yang lebih besar kepada usaha yang diperlukan untuk mencapainya.
Inilah yang menjadikan BELT Osaka 2027 lebih daripada sekadar satu perjalanan. Destinasinya mungkin teramat menarik, tetapi perjalanan sebenar ialah perniagaan, perkembangan, dan kemajuan yang anda bina sepanjang perjalanan tersebut.


Melangkah Melangkaui Destinasi
Bagi ramai Pejuang BE, layak ke BELT melambangkan satu pencapaian penting dalam perjalanan peribadi dan perniagaan mereka.
Melancong ke Osaka bersama rakan pencapai yang lain adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan, namun nilai BELT menjangkaui destinasi itu sendiri. Setiap kelayakan mencerminkan usaha yang dicurahkan dalam membina perniagaan BE: daripada mempelajari sistem dan berkongsi produk, hinggalah menjalin hubungan, memperluaskan rangkaian, serta menyokong orang lain sepanjang perjalanan ini.
Bagi sesetengah orang, daya tarikkannya adalah peluang untuk meraikan kejayaan bersama keluarga atau insan tersayang. Bagi yang lain pula, ia adalah mengenai mencipta kenangan bersama pasukan atau merasai budaya BE di tahap baharu di samping para pemimpin dan pencapai yang berjaya.
Sebabnya mungkin berbeza, namun semuanya bermula dengan mempunyai sesuatu yang berbaloi untuk diusahakan.
Apabila anda mempunyai matlamat yang jelas di hadapan mata, setiap kemajuan harian akan memberi makna yang berbeza.
Tukarkan Matlamat Anda Kepada Hasil
Matlamat yang bermakna boleh mendorong anda untuk mengambil pendekatan yang lebih terancang dalam membina perniagaan BE anda.
Berjuang demi BELT Osaka 2027 bermakna memberi lebih tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang memacu pertumbuhan perniagaan jangka panjang. Belajar berkongsi produk secara berkesan, melakukan tindakan susulan, membina rangkaian, dan menyokong orang lain bukan sekadar satu langkah ke hadapan atau ganjaran pelancongan; ini merupakan aktiviti-aktiviti asas yang boleh membantu anda membina perniagaan BE yang mampan.
Dengan kos permulaan serendah RM60 (atau SG$20 / BN$20 / HK$100 / Rp200,000), anda boleh mula membina perniagaan anda bersama syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia, BE International. Menerusi Sistem Pendidikan kami yang matang, IBO dapat memupuk pengetahuan praktikal dan mempelajari sistem terbukti berkesan yang boleh diterapkan seiring dengan perkembangan perniagaan mereka.
Pelan Pemasaran BE menyediakan pendekatan yang teratur untuk membina perniagaan, manakala bimbingan dan panduan daripada pemimpin berpengalaman dapat memberikan sokongan sepanjang perjalanan ini. Seiring dengan perkembangan perniagaan anda, anda juga boleh berusaha ke arah mencapai 9 Manfaat BE yang lebih luas, yang menawarkan pencapaian dan peluang tambahan apabila anda semakin maju.
BELT merupakan salah satu daripada pencapaian tersebut, tetapi ia semestinya BUKAN satu-satunya peluang yang ada.
Apakah yang sedang Anda Bina?
Perjalanan menuju ke Osaka juga boleh mendorong anda untuk melihat melangkaui satu destinasi sahaja dan mempertimbangkan apa yang anda mahu perniagaan BE anda capai.
Ini boleh bermakna membina rangkaian yang lebih kukuh, mengasah kemahiran kepimpinan anda, mencipta peluang pendapatan tambahan, atau berusaha ke arah mencapai 9 manfaat, termasuk Dana Kereta dan Dana Rumah. Seiring dengan pengalaman yang anda timba, kemahiran dan rangkaian yang anda bina mampu menjadi asas berharga untuk pertumbuhan berterusan anda.
Peluang ini juga boleh melangkaui pasaran tempatan anda. Menerusi platform “Satu Dunia, Satu Sistem” BE dan kehadiran antarabangsanya, anda boleh berhubung dengan komuniti global yang lebih luas serta meneroka peluang di pelbagai pasaran seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, dan Indonesia.
Apabila pengetahuan, keyakinan, dan rangkaian anda semakin berkembang, begitu juga dengan visi anda terhadap apa yang ingin anda bina. Inilah sebabnya mengapa perjalanan kelayakan ini amat penting. Osaka mungkin destinasi yang sedang anda usahakan, tetapi perniagaan yang anda bina sepanjang perjalanan ini mampu terus mencipta peluang jauh selepas perjalanan tersebut berakhir.
Pencapaian Anda Seterusnya Bermula Dengan ‘Mengapa’
Kempen ‘Finish the Sentence’ mungkin bermula dengan satu soalan yang ringkas, tetapi sebab di sebalik setiap jawapan menjurus kepada sesuatu yang lebih besar: mempunyai sesuatu yang berbaloi untuk diusahakan mampu mengubah cara anda mengemudi perjalanan anda.
BELT Osaka 2027 boleh menjadi salah satu pencapaian yang anda raikan, manakala kemahiran yang anda bina, hubungan yang anda jalin, rangkaian yang anda perluaskan, serta perniagaan yang anda bina sepanjang perjalanan ini boleh menjadi sebahagian daripada kisah yang jauh lebih besar.
Jadi, apakah yang akan menjadikan Osaka bermakna buat anda? Lebih penting lagi, apakah yang anda sanggup lakukan untuk berjuang demi mencapainya?
Tempoh kelayakan BELT Osaka 2027 berlangsung dari Ogos 2026 hingga Januari 2027 (SV'8 2026 – SV'1 2027). Masa semakin berjalan, inilah masanya untuk menukarkan azam anda kepada tindakan dan menjadikan setiap bulan amat bermakna.
Sama ada anda sudah menjadi sebahagian daripada BE atau baru pertama kali meneroka peluang ini, masih ada masa untuk bertindak, mempelajari sistem, membina rangkaian anda, dan berjuang demi BELT.
Osaka sedang menanti. Persoalannya, adakah anda akan berada di sana?
Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membina perniagaan anda bersama BE International, salah sebuah syarikat MLM terbaik di Malaysia, dan mula melangkah ke arah sasaran anda yang seterusnya.
Penafian: Angka pendapatan yang dinyatakan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Pendapatan sebenar berbeza-beza mengikut usaha, kemahiran individu, dan keadaan pasaran.